Thursday, October 14, 2010

Pengganti Jet Li yg besh!!!

Legend of the Fist - The Return of Chen Zhen

Sabtu lepas nak sangat tengok wayang...tapi xtau pun nak tengok ape. Macam xde ape pun yang best tuk ditengok. Tapi Sabtu malam ni jela boleh nak bersukaria sampai lewat malam. Kalau malam Ahad, esok suami dah nak keje. Jadik...gi jelah ke Summit...port kami tengok wayang sekarang nie.

Pusing2, Legend of the Fist...suami btau, kawan die dah tengok & rekemen. Oraits, buleh laa...kebetulan dh sampai masa tayangannya pun. Bile tgk....perghh!!!


Filem bermula dgn babak berkungfu masa perang...memang menarik!! biasenye perang,perang la,citer kungfu,klu de pakai pistol pun xde la 'rigorously' cam dalam perang. Pastu tetibe die masuk ke keadaan pas perang. Cam kecewa sket...sebab babak tadi besh giles. But, here the politics started, more complex tasks for the main character.

Heronye, Donnie Yen berlakon untuk 3 watak. Sebagai Chen Zhen yang sebenar di kalangan kawan2 lama; jadi 'undercover spy' sebagai Qin Tiansheng, ahli peniagaan yang dihormati dan kononnya baru kembali dari Perancis; pada malamnya pula Chen Zhen menjadi hero bertopeng yang digelar 'Black Masked Warrior'. Semuanya dilakukan Chen Zhen untuk memantau dan menghalang Jepun yang sedang bersiap-sedia untuk menakluk China.

Chen Zhen, ketua pergerakan pemberontak

Qin Tiansheng, ahli perniagaan yang gemar berpoya-poya

'Black Masked Warrior' yang menyelamatkan aristokrat2 dari dibunuh Jepun

Sesuatu yang harus dipuji ialah di dalam filem ini, ditunjukkan hero yang agak menjurus ke realiti. Lagipun filem ini dibuat berdasarkan sejarah, cuma wataknya adalah legenda semata-mata. Biasanya hero akan berjaya dengan hebatnya dan beroleh kejayaan besar. Tetapi dalam filem ini ditunjukkan yang sehandal mana pun pahlawan itu, die tidak semestinya berjaya dalam misinya. Chen Zhen berjaya dan gagal berturut2. Hanya semangat perjuangannya yang tetap kukuh untuk terus melawan Jepun. Semangat yang turut ada dalam jiwa Pahlawan kita di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Filem ini juga dibuat sebagai lanjutan dari beberapa francais terdahulu:
  • siri Fist of Fury (1995) dengan Donnie Yen juga sebagai Chen Zhen, 
  • Jet li dalam filem Fist of Legend (1994), dan
  • filem asal Fist of Fury(1972) yang menampilkan mendiang Bruce Lee


Review2 untuk filem ini mungkin tidak berapa bagus, kebanyakan pengkritik membandingkan filem ini dengan filem2 dahulu dari segi 'action scenes' nya dan kehebatan seni mempertahankan diri Bruce Lee & Jet Li. Tetapi bagi saya Donnie Yen tidak kurang hebatnya dengan melakukan 'mixed martial arts' termasuk Jeet Kune Do sebagai 'tribute' untuk Bruce Lee. Kelebihan Donnie Yen dari hero2 terdahulu ialah dia tidak hanya berkungfu, tetapi bijak bermain dengan perasaan dan benar2 menghayati ketiga-tiga wataknya. Kita dapat merasai kesakitan dan penderitaan yang dialaminya. Berbeza dengan 'kekebalan' Bruce Lee' dan 'gerakan extravaganza' Jet Li, pergerakan Donnie juga sangat cantik dan kemas dan kesakitannya amat 'real' skali. Yang penting, dia tidak 'bermuka statik' seperti hero2 terdahulu, memandangkan industri filem sekarang lebih mementingkan jalan cerita daripada aksi semata-mata, ini adalah revolusi yang bagus untuk filem2 Hong Kong.

Cuma saya kurang faham kenapa Chen Zhen membiarkan sahaja Kiki (Shu Qi) terus melakukan aktiviti mengintipnya walaupun telah mngesyaki wanita itu...sehingga mengakibatkan kawan2nya dibunuh dengan kejam. Tapi itulah manusia, melakukan kesilapan kerana terpesona dengan kecantikan. Yang pasti, saya keluar panggung dengan perasaan puas hati dan duit dibelanjakan pun terasa berbaloi (^o^)

No comments:

Post a Comment