Friday, October 15, 2010

Magika yang Magik

Tengok Magika dgn adik2 ipar. Mcm xlayan sgt filem tempatan...sebab selalu kecewa..... tapi sekarang filem tempatan dah makin bagus. Magika ni pulak filem muzikal..ok, ade kelainan. Boleh cuba.


Para lelaki mesti dengar muzikal aje trus tanak tengok, kalau ade pun sebab nak tengok Diana Danielle kan.... Tapi Diana memang nampak cantik dalam filem ini. Filem ini mengisahkan perjalanan Ayu (Diana Danielle) mencari adiknya, Malik (Fimie Don Nasi Lemak Kopi O) yang hilang di dunia Magika. Dalam perjalanannya, Ayu bertemu dengan pelbagai watak-watak dongeng klasik Melayu yang dilakonkan oleh bintang2 popular tanah air seperti:

  • Pak Pandir - Aznil Hj. Nawawi
  • Mak Andeh - Raja Azura
  • Puteri Bunian - Maya Karin
  • Mahsuri - Vanidah Imran
  • Hang Tuah 5 Bersaudara - Senario lama & baru
  • Orang Minyak - Nabil Raja Lawak
  • Bawang Putih Bawang Merah - Amani & Aleya
  • Ibu Tiri Bawang2 - Adibah Nor
  • Puteri Gunung Ledang - Ning Baizura
  • Nenek Kebayan - Ziana Zain
  • Pak Belalang - Zaibo
  • Badang - Mawi
  • Penunggu Tasik Chini - M. Nasir
Ternyata ini amat menghiburkan tatkala satu persatu watak diperkenalkan. Seakan mengimbau memori kecil2 dahulu dihiburkan dengan cerita-cerita rakyat ini. Lagu2 yang dinyanyikan sedap didengar, tentunya buah tangan KRU memang tidak pernah mengecewakan. KRU turut membuat debut sebagai pokok2 yang menyanyi manakala Jalaluddin Hasan & Fauziah Ahmad Daud sebagai Murad & Ija...ibu bapa Ayu & Malik.



Senario bersatu dalam Magika


Cuma saya kurang berpuas hati dengan skripnya, perlukah ada perkataan2 moden? tidak bolehkah buat lawak dengan bahasa melayu klasik shj? ini amat tipikal dalam slot2 komedi Malaysia...... seakan tidak ckup kalau tidak merujuk kepada bahasa masakini & jenama terkenal luar negara. Magika sudah ada magiknye, lawak murahan seperti ini hanya mencacatkan keindahan filem yang sememangnya indah ini.

Apapun, tahniah kepada Edry kerana berjaya mengarah filem muzikal pertama Malaysia yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia (^o^)/

No comments:

Post a Comment