dicatat dari Oprah, ntv7, 4 Nov 2010, 10.30 pagi
Oprah pagi ini menyorot kisah 3 orang budak lelaki berusia 11 tahun yang dibuli dengan begitu teruk di sekolah sehingga mengambil keputusan untuk
membunuh diri!! Mengejutkan, ya, apatah lagi ibu mereka yang mengetahui masalah anak mereka tetapi tidak menyangka ia akan berakhir sedemikian rupa.
Ibu-ibu mereka telah berusaha membawa mereka ke kaunselor, berbincang dengan guru, dan menasihati anak mereka agar tidak mempedulikan ejekan pembuli-pembuli itu. Tetapi ternyata segala tindakan itu hanya sia-sia...pembulian masih berterusan.....
Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah ini tanpa menyebabkan ianya bertambah teruk???
Masalah ini haruslah ditangani dari
3 penjuru:
1. MANGSA BULI
Mangsa buli harus percaya yang mereka
tidak patut menjadi mangsa. Setiap manusia ada
hak dan
ruang untuk dipertahankan ('personal space'). Mereka mesti
mempertahankan ruang ini sendiri kerana ibu, guru, atau pihak berkuasa tidak akan selalu berada bersama mereka untuk mempertahankan mereka.
Oleh itu, mangsa buli mesti belajar untuk berkata
'TIDAK', bersama bahasa badan yang tegas lagi meyakinkan bahawa mereka tidak patut diganggu lagi.
"Dah lah, cukup!!" cakap dengan tegas sambil memandang ke mata dan tegakkan badan.
Yakinkan diri anda yang anda mampu melawan meraka. Jika mereka menyorokkan barang anda atau melakukan sesuatu yang membuat anda marah, bersemuka dengan mereka, "Awak ke yang sorok barang saya??" tidak perlu tunggu mereka mengaku, kerana mereka tidak akan mengaku. Sebaliknya teruskan dengan kata-kata yang anda
tidak akan membiarkan sahaja perkara itu. Seperti, "Awak ingat kelakar buat camni? macamana kalau saya buat begini pada awak? awak tunggulah nanti".
Anda tidak perlu mengotakan kata-kata anda, kata-kata itu sendiri cukup untuk memberi amaran kepada mereka, jika anda berkata dengan
tegas dan
yakin.
2. PEMBULI
Masalah pembuli hanya boleh diatasi jika pihak sekolah
mengetahui dan
mengambil tindakan terhadap pembuli-pembuli ini. Hukuman yang biasa selalunya adalah gantung sekolah atau buang sekolah. Mudahnya berdepan dengan pembuli, hanya buang saja mereka macam
sampah. Hasilnya mereka dapat reputasi 'hebat' dan menjadi pembuli yang lagi dahsyat di sekolah baru.
Padahal pembuli
bukan dilahirkan untuk menjadi pembuli. Pasti ada sesuatu yang mendorong mereka untuk membuli. Mungkin masalah keluarga, tekanan belajar (prestasi akademik kurang memuaskan), atau pengaruh dari geng-geng samseng luar sekolah. Ia mungkin hanya sebahagian dari masalah yang lebih besar. Pihak sekolah tidak akan mengetahui semua ini jika mereka terus sahaja membuang atau menggantung pembuli itu.
Oleh itu, pembuli seharusnya dibawa berjumpa kaunselor, bukan hanya mangsa buli, tetapi pembuli juga harus dikaunseling. Kaunselor harus berusaha
mendalami masalah mereka dan
membimbing mereka ke jalan yang benar. Mereka harus mengetahui perbuatan mereka adalah
salah dan mungkin mendatangkan
tekanan perasaan terhadap mangsa-mangsa buli mereka.
3. Pelajar yang melihat kejadian buli ('THE STANDBYERS')
Dalam rancangan Oprah, salah seorang penonton telah berkongsi bagaimana sekolah anaknya telah melaksanakan
'No Bully Policy' (polisi tiada buli). Apabila anaknya diganggu oleh pembuli-pembuli, rakan-rakannya datang
membantu dan segera membawanya pergi dan
memberitahu guru mereka dengan serta-merta.
Dalam kebanyakan kejadian, kes buli kian menjadi-jadi kerana si pembuli selalunya adalah pelajar
popular dan pelajar lain bertindak sebagai
'penyokong' dengan
bersorak atau
hanya berdiam diri. Jika sekolah mengambil inisiatif untuk mendidik pelajar-pelajarnya agar tidak menyokong pembuli, bahawa membuli adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang, mungkin pelajar-pelajar lain akan sedar bahawa tidak melakukan apa-apa juga bermakna mereka telah
bersubahat dengan pembuli.
Jika pembulian berlaku di luar sekolah, pelajar-pelajar seharusnya bersatu dan berjalan bersama-sama ke sekolah dalam
kumpulan yang ramai. Pembuli hanya akan membuli pelajar yang keseorangan atau dalam jumlah yang sedikit.
Kesimpulannya, kes-kes buli kini kian meningkat dan langkah-langkah berkesan harus dikaji dan dilaksanakan. Masalahnya di negara kita, langkah berkesan telah dikaji, mengambil masa berbulan-bulan, tetapi bila tiba untuk dilaksanakan, ia hanya dilaksanakan separuh jalan atau separuh hati. Pendekata, semua orang harus sedar yang masalah hanya boleh diselesaikan jika kita
MAHU menyelesaikan.